WAKAF AL-QURAN
MASUK SYURGA ALLAH SWT DENGAN PINTU SEDEKAH & WAKAF
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الجَنَّةِ: يَا عَبْدَ اللهِ هَذَا خَيْرٌ، فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلاةِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الجِهَادِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ، وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ (رواه البخاري).
Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa yang menginfakkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga. ‘Wahai hamba Allah (kemarilah) ini lebih baik (bagimu).’ Lalu barang siapa yang termasuk ahli solat, maka ia akan dipanggil dari babus solat (pintu solat). dan siapa yang termasuk ahli jihad, maka ia akan dipanggil dari babul jihad (pintu jihad), siapa yang termasuk ahli puasa, maka ia akan dipanggil dari babur rayyan (pintu kesegaran), dan barang siapa yang termasuk ahli shadaqah, maka ia akan dipanggil dari babus shadaqah (pintu shadaqah). (HR. Al-Bukhari)
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh”. (Surah Al-Munafiquun : 10)
SEGALA SUMBANGAN YANG DIHULURKAN AMATLAH KAMI HARGAI...
Tuan/Puan juga boleh membuat wakaf atas nama sesiapa sahaja sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Dana ini akan ditutup sebaik sahaja TELAH MENCAPAI MATLAMAT untuk agihan.
Segala sumbangan Tuan/Puan bagi menyokong usaha ini, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan Jazakallah Khairan Khathira. Kami sentiasa mendoakan semoga amal jariah ini akan diberi ganjaran pahala yang berterusan dan berlipat ganda dari Allah SWT
Sekian, terima kasih.
Kaedah pembayaran wakaf boleh pilih sama ada secara
Perbankan Internet / Mesin ATM atau Perbankan Dalam Talian (Toyyibpay)
TOYYIBPAY SDN BHD merupakan penama ‘third party’ kami untuk menerima online transfer dari para pengguna yang menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian Toyyibpay. Pihak pengguna juga akan dikenakan caj RM1.00 diatas perkhidmatan tersebut bagi setiap transaksi.
Untuk teruskan memberi wakaf, mohon bacakan sekali akad wakaf seperti dibawah :
" Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) yang salurkan kepada WAKAF AL-QURAN DARUL RAUDHAH AL INSANIAH, kerana Allah SWT "
Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat dibawah dan boleh terus membuat tranksaksi wakaf.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi ;
+609-7641399 (Pejabat)
+6019-3724258 (Ustaz Haji Abdullah Bin Salleh)